Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Berrettini tarik diri gara-gara dijangkiti COVID

    LONDON, 29 JUN – Pemain Itali, Matteo Berrettini, naib juara kejohanan Wimbledon tahun lalu dan pemain pilihan utama tahun ini, terpaksa menarik diri daripada kejohanan tersebut selepas diuji positif koronavirus, kelmarin.

    “Saya merasa kecewa untuk mengumumkan bahawa saya perlu menarik diri daripada kejohanan Wimbledon disebabkan keputusan ujian saya positif COVID,” kata pemain Itali berusia 26 tahun itu menerusi akaun Instagram miliknya.

    Berrettini dianggap sebagai salah seorang pencabar terkuat kepada juara bertahan, Novak Djokovic di Kelab All England, setelah berjaya merampas kejohanan di Stuttgart dan Queen’s.

    Dia adalah pemain kedua yang terpaksa menarik diri daripada kejohanan disebabkan COVID dalam dua hari ini selepas naib juara 2017, Marin Cilic dari Croatia juga disahkan positif COVID.

    “Saya menghidap gejala flu dan mengasingkan diri selama beberapa hari ini,” kata Berrettini dalam kenyataan.

    Gambar fail Matteo Berrettini beraksi ketika membalas pukulan Rafael Nadal semasa sesi latihan mereka di Centre Court sebelum kejohanan Wimbledon di London, 23 Jun 2022. – AP

    “Walaupun gejala itu tidak teruk, namun saya memutuskan ia lebih penting untuk mengambil ujian sekali lagi pada pagi ini untuk melindungi kesihatan dan keselamatan para pemain lain dan semua orang yang terlibat dalam kejohanan tersebut.

    “Saya tidak terkata bagaimana untuk menggambarkan kekecewaan yang saya rasakan.

    Impian untuk beraksi di kejohanan ini berakhir tahun ini, tetapi saya akan kembali untuk memberi cabaran hebat,” katanya lagi.

    Berrettini adalah seorang pemain yang berpotensi memberi cabaran kepada juara dua kali, Rafael Nadal.

    Sementara itu, tempatnya di pusingan pertama Wimbledon akan digantikan oleh Elias Ymer dari Sweden, pemain ‘lucky loser’ yang berjaya melepasi peringkat kelayakan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...