
Oleh Imelda Groves HA
Gambar oleh Muiz Matdani
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Ogos – Graduan dinasihatkan supaya menjadi sebahagian daripada penyelesaian kepada apa jua usaha pihak kerajaan dalam membangun negara ini.
“Berusahalah dengan memberikan apa jua sumbangan kepada negara secara jujur dan ikhlas dan setiap graduan mestilah bersedia ‘to be counted’ sebagai harapan bangsa dan negara,” ujar Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman.
Negara akan berkerugian besar jika warganya tidak menghargai apa yang telah dikecapi selama ini – keamanan, kestabilan, kemakmuran dan mensia-siakannya dengan tindakan-tindakan yang bercanggah dengan kepentingan negara, tambah Yang Berhormat Pehin lagi semasa berucap pada Majlis Konvokesyen Kolej International Graduate Studies (IGS), di sini, hari ini.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn