Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bersama cegah jenayah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – Dalam usaha membanteras dan mencegah sebarang kegiatan jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) terus bekerjasama menjalankan rondaan bersama penduduk kampung menerusi program pengawasan kejiranan (PK).

    Balai Polis Lamunin bersama ahli PK Kampung Padnunok, Tutong telah menjalankan rondaan seumpamanya yang menumpukan Kawasan Wasai Batu Mapan dan sekitarnya.

    Mengetuai rondaan ialah Inspektor Mohd Zulfadli bin Haji Yusof serta Ketua Kampung Padnunok, Haji Matamit bin Junit.

    Tiga rondaan pencegahan juga telah dikendalikan di Daerah Brunei dan Muara yang melibatkan ahli PK Kampung Sengkurong ‘A’, PK Kampung Batong serta PK Kampung Kulapis. Ketiga-tiga rondaan berkenaan dipimpin oleh focal point balai polis masing-masing di mana tumpuan rondaan adalah kawasan kediaman yang tidak didiami lagi dan lama kosong serta kawasan persekitaran masjid.

    Sementara itu, di Daerah Temburong, Balai Polis Bangar bersama PK Kampung Sibut turut menjalankan rondaan serupa yang dipimpin oleh Penolong Pegawai Menguasa Balai, Inspektor Polis Percubaan Iman Aqilah Fikriah binti Haji Mohd Shafiee. Rondaan yang melibatkan tujuh orang ahli PK dan enam orang anggota Balai Polis Bangar itu menumpukan kawasan balai raya, balai ibadat dan sepanjang kawasan persekitaran sehingga ke Kawasan Riadah Mini Zoo, Batang Duri.

    Hasil rondaan tidak mendapati sebarang kejadian dan tidak ada unsur-unsur jenayah dilaporkan.

    Anggota polis dan ahli-ahli PK berganding bahu membuat rondaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda