Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Bersama laksana tanggungjawab bendung COVID-19

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JAN – Walaupun negara sudah hampir sebulan memasuki Fasa Awal Endemik, garis panduan prosedur operasi standard (SOP) masih perlu sentiasa diingat dan dipatuhi dalam usaha sama-sama mengawal penularan COVID-19 di negara ini.

    Jika dilihat semasa fasa endemik ini, ada setengah pihak dan premis yang kurang mengambil perhatian akan kepentingan dalam penggunaan aplikasi BruHealth dan bukan saja itu, pelaksanaan had kapasiti juga kurang diambil perhatian penting.

    Pandangan itu ditekankan oleh orang awam yang prihatin terhadap situasi semasa, Haji Daud bin Haji Kassim ketika ditemu bual hari ini.

    Beliau mengingatkan orang ramai dan premis perniagaan terutama restoran-restoran yang mempunyai ruangan kecil untuk sama-sama memainkan peranan penting semasa negara masih berhadapan dengan pandemik ini.

    “Jangan jadikan alasan sudah mendapatkan vaksin lengkap atau dos penggalak (booster), ia adalah sebagai pasport untuk memasuki mana-mana premis perniagaan tanpa perlu membuat imbasan kod QR.

    “Pengunjung yang memasuki mana-mana premis perniagaan atau kedai-kedai runcit di kawasan kampung-kampung ditekankan supaya memastikan sudah melakukan tanggungjawab mereka dengan mengimbas kod QR sebelum memasuki premis dan kedai,” jelasnya.

    Sementara itu, Awang Raduanddy bin Haji Karin yang merupakan penjawat awam, menyarankan supaya semua pihak dapat memainkan peranan mereka dalam penggunaan BruHealth apabila memasuki mana-mana premis terutama sekali premis perniagaan.

    Awang Raduanddy semasa ditemu bual oleh media.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...