Tuesday, October 1, 2024
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bersama lindungi alam sekitar Brunei menerusi kempen kebersihan

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Brunei Gas Carriers (BGC), Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM), Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan (PBMP) dan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) bekerjasama melaksanakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat untuk melindungi alam sekitar Brunei menerusi kempen kebersihan dan menanam pokok yang diadakan di Taman Rekreasi Hutan Simpan Berakas, hari ini.

    Kempen itu disertai oleh pemimpin dari keempat-empat organisasi bersama-sama dengan kakitangan serta pihak berkepentingan di mana mereka mengambil bahagian dalam aktiviti menanam pokok spesies kapur merah dan mengendalikan kempen kebersihan di Taman Rekreasi Hutan Simpan Berakas.

    Hasil daripada usaha kerjasama berkenaan telah menyaksikan sebanyak 175 pohon pokok ditanam serta lebih 50 kilogram sampah berjaya dikutip.

    Menerusi kerjasama yang menggabungkan sektor darat, laut dan udara itu, mengetengahkan pentingnya untuk bekerjasama bagi melindungi alam sekitar Brunei untuk generasi masa hadapan.

    Selaras dengan Wawasan Brunei 2035, yang mengutamakan perlindungan alam sekitar dan pembangunan mampan, organisasi-organisasi yang telibat adalah komited kepada pemulihan ruangan hijau dan pesisiran pantai.

    Kapten Abdul Mateen Abdurrahman Liew menyampaikan ucapan semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH JAMES KON
    Antara yang turut serta semasa kempen kebersihan dan menanam pokok yang diadakan di Taman Rekreasi Hutan Simpan Berakas.- GAMBAR OLEH JAMES KON
    GAMBAR OLEH JAMES KON
    GAMBAR OLEH JAMES KON

    Pengarah Urusan BGC, Kapten Abdul Mateen Abdurrahman Liew menyatakan bahawa di BGC, pemuliharaan marin merupakan asas kepada operasi utama mereka di mana inisiatif yang dilaksanan membolehkan mereka untuk mengembangkan komitmed berkenaan melangkaui lautan serta memupuk rasa tanggungjawab bersama dalam melindungi ekosistem Brunei.

    Di samping itu, tambahnya, dengan terlibat sama dalam aktiviti seperti penanaman pokok, mereka boleh menyumbang secara langsung kepada mengimbangi karbon yang merupakan kunci dalam menangani perubahan iklim serta memulihara biodiversiti persekitaran laut dan darat kita.

    BGC mengutamakan pengurangan impak alam sekitarnya dalam sektor maritim di mana dengan menggunakan teknologi cekap tenaga, BGC secara aktif menyokong pemuliharaan dan menyumbang kepada lautan yang lebih selamat serta bersih.

    Sementara itu, Pengarah Urusan BSM, Kapten Mohammed Alexirwan bin Haji Omar menyatakan bahawa BSM yakin akan kuasa tindakan kolektif dan usaha bersama iaitu menanam pokok dan membersihkan pantai, menunjukkan apa yang mampu kita capai apabila kita bekerjasama ke arah matlamat yang sama.

    Beliau menambah bahawa ia merupakan kenyataan komitmen mereka kepada warisan semula jadi Brunei di mana menerusi inisiatif berkenaan, kita boleh memberikan contoh yang ampuh bagi generasi akan datang.

    Pemangku Ketua Eksekutif PBMP, Kapten Zulkiflee bin Haji Ghani pula menyatakan bahawa sebagai pelindung pelabuhan dan persisiran pantai Brunei, PBMP adalah sepenuh berdikasi kepada pengurusan alam sekitar.

    Beliau menyatakan bahawa pihak secara aktif memulihara rantau persisiran pantai menetusi aktiviti kebersihan pantai dan penanaman pokok sambil mempromosikan amalan-amalan pembangunan mampan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda