Wednesday, March 19, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bersama memeriahkan malam belia

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OGOS – Malam Minggu Pusat Belia (MMPB) edisi ke-7 akan berlangsung esok bermula petang sehingga ke malam dengan pelbagai acara menarik akan ditampilkan selain boleh disertai oleh para pengunjung.

    Bagi menyemarakkan MMPB dengan sokongan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan itu, beberapa acara akan diadakan termasuklah pertandingan gusti lengan, nerfwreck, pameran reptilia, burung helang dan ikan laga, aktiviti memanah, persembahan silap mata dan jualan makanan dan minuman.

    Acara yang berlangsung pada setiap malam minggu pertama setiap bulan ini bertujuan mendedahkan dan memupuk minat belia dalam pelbagai aspek dan seni kreatif.

    Manakala dalam edisi ke-8 pada September kelak, MMPB akan mengadakan Program 1 Belia 1 Harapan yang dihasratkan mengurangkan masalah pengangguran belia dengan memberi peluang kepada mereka yang belum bekerja merasakan suasana bekerja, belajar berdikari dan berbagai-bagai lagi.

    Sehubungan itu, pihak penganjuran MMPB mengalu-alukan belia dan orang ramai yang berbakat dalam bidang seni kreatif, lakonan, nyanyian alat muzik, kemahiran diri dan mempunyai servis dan produk yang ingin diketengahkan untuk sama-sama memeriahkan MMPB.

    Pelbagai acara menarik akan ditampilkan pada Malam Minggu Pusat Belia.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda