Oleh Normazlina M.D
Gambar oleh Azaraimy HH
TUTONG, 9 Jan – Bagi mengelakkan kejadian banjir yang berulang kali dan melancarkan saluran air yang tersumbat, Majlis Perundingan Kampung Rambai bersama penduduk kampung berkenaan dan sekitarnya telah mengadakan kempen bergotong-royong membersihkan persekitaran tersebut, pagi tadi.
Turut hadir dan mengikuti gotong-royong tersebut ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Ramli bin Haji Lahit selaku Penghulu Mukim Telisai bersama Pe-mangku Ketua Kampung Ram-bai, Awang Muhd Murat bin Haji Muhd Jamin.
Ketika ditemu bual, Yang Berhormat Haji Ramli menjelaskan bahawa kempen itu bertujuan untuk membersihkan kawasan kampung terutama pada saluran air dengan membuang rumput-rumput yang menghalang saliran air sekali gus boleh menyebabkan banjir.
Beliau berharap dengan hasil kerjasama ini, ia akan dapat membantu penduduk kampung mengetahui salah satu punca banjir akibat daripada musim hujan atau tengkujuh.