Friday, January 17, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bersama meriahkan hari bersejarah

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JAN – Hari yang dinanti-nantikan oleh segenap lapisan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam untuk menyembahkan ucapan selamat dan sama-sama meraikan hari penuh bersejarah iaitu Majlis Bersanding Pengantin Diraja, Istiadat Perkahwinan Diraja di antara Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dengan Dayang Anisha Rosnah binti Adam, bakal berlangsung Ahad ini, 14 Januari.

    Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja dan seterusnya pengantin diraja diarak sekeliling Bandar Seri Begawan itu adalah sebagai peluang bagi rakyat dan penduduk negara ini sama-sama menceriakan lagi suasana istiadat yang penuh bermakna itu
    nanti.

    Pada majlis perarakan pengantin diraja itu nanti, orang ramai akan berpeluang untuk menyembahkan ucapan selamat kepada pengantin diraja sambil sama-sama meraikan hari yang penuh bermakna itu.

    Majlis itu nanti bukan sahaja bakal menyaksikan rakyat dan penduduk Brunei berbaris di sepanjang laluan perarakan pengantin diraja tetapi juga akan dihadiri oleh para pengunjung dari luar negara yang sama-sama mengambil peluang untuk memeriahkan hari penuh bersejarah berkenaan.

    Gerbang memaparkan potret pengantin diraja tersergam indah menghiasi ibu negara, Bandar Seri Begawan. BSB akan menjadi tumpuan ramai semasa Istiadat Perarakan Pengantin Diraja mengelilingi ibu negara pada Ahad, 14 Januari ini. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Gerbang yang memaparkan gambar pasangan pengantin diraja tersergam indah di pusat bandar menjelang perarakan pengantin diraja, esok. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda