Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bersama meriahkan Kayuhan Jubli Emas

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Okt – Orang ramai dialu-alukan untuk hadir beramai-ramai untuk menyertai dan memeriahkan lagi acara yang julung-julung kali diadakan serta bersejarah iaitu Riadah Berbasikal Kayuhan Jubli Emas 2017 yang akan bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara, pada 8 Oktober.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan berangkat bercemar duli menyertai Riadah Berbasikal Kayuhan Jubli Emas itu.

    Kenyataan menyatakan lagi bahawa Riadah Berbasikal Kayuhan Jubli Emas dianjurkan mengambil sukut baik Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta yang bermatlamat antara lain membentuk budaya sukan dan memantapkan perpaduan menerusi penglibatan masyarakat secara menyeluruh yang menjurus ke arah kehidupan bergerak aktif dan sihat.

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda