Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bersama pelihara keamanan kampung

    Oleh Yusrin Junaidi & Normazlina MD.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mac – Untuk membincangkan aktiviti rondaan pencegahan jenayah dalam sama-sama menjaga keamanan kampung, anggota Balai Polis Tutong telah melaksanakan program pendekatan dan perjumpaan bersama Pemangku Ketua Kampung Sengkarai, Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.

    Seramai tujuh orang anggota Balai Polis Tutong menyertai kunjungan berkenaan dengan diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Tutong, Inspektor Ahmad Faez bin Haji Mohd Hani.

    Program juga diadakan untuk berkongsi maklumat mengenai trend-trend jenayah yang berlaku di bawah kawalan kampung.

    Sementara itu, program serupa juga dilaksanakan oleh Balai Polis Kuala Belait melalui ahli Focal Point Koperal 2721 Shamsudin bin Haji Naim dan Koperal 3028 Mohd Jin bin Roseta yang membuat pendekatan bersama Ketua Kampung Pandan C, Haji Affendi bin Haji Awang Damit.

    Di Daerah Temburong, Balai Polis Temburong juga mempergiatkan program pengawasan kejiranan (PK) dengan membuat pendekatan dan lawatan ke rumah Ketua Kampung Batu Apoi, Haji Daud bin Haji Masri.

    Mengetuai lawatan tersebut ialah Focal Point Lans Koperal 5398 Zainuddin bin Marsal bersama Polis Konstabel Wanita 6463 Siti Sabariah binti Haji Salleh.

    Pendekatan tersebut bertujuan untuk meninjau secara lebih dekat akan perkembangan semasa keadaan kampung serta membincangkan mengenai cadangan untuk menubuhkan PK di kampung tersebut.

    Anggota PDB semasa melaksanakan program pendekatan dan perjumpaan, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda