Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bersama rasai kehangatan Piala FA

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JUN – Souq Al United BN baru-baru ini telah mengadakan satu acara bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala FA 2023 yang bertempat di Julok, Manggis, Berakas.

    Antara pengisian acara tersebut ialah Majlis Doa Selamat yang diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Haji Adi Noh dan Pengiran Abdul Aziz bin Pengiran Sulaiman selaku pemilik premis Julok cawangan Manggis.

    Acara turut diselitkan dengan jamuan dan cabutan bertuah bagi semua jemputan yang hadir pada malam tersebut. Objektif utama perkumpulan itu diadakan adalah untuk berkenalan antara satu sama lain dan mengeratkan silaturahim.

    Gambar ramai jemputan yang hadir pada acara tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda