Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bersama ringankan beban saudara baharu

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 18 FEB – Sebagai sebahagian daripada Projek Fathul Barakah 5.0, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Pusat Dakwah Islamiah dengan kerjasama Persatuan Mualaf Brunei Darussalam telah mula mengumpul barangan keperluan untuk diagihkan kepada saudara baharu yang kurang bernasib baik di seluruh negara semalam.

    Orang ramai boleh menyumbangkan pelbagai keperluan makanan seperti beras, gula, minyak masak, tepung, makanan kering dan sebagainya kepada pusat pengumpulan barangan di Pusat Dakwah Daerah Belait di Jalan Maulana.

    Barangan keperluan makanan itu adalah bagi membantu meringankan beban terutamanya pada bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri akan datang.

    Kutipan barangan keperluan Projek Fathul Barakah dijadual diteruskan pada 18 Februari dari 8:30 pagi hingga 4 petang di pusat dakwah di keempat-empat daerah di negara ini.

    Salah seorang pengunjung menyerahkan keperluan makanan kepada Pusat Dakwah Daerah Belait baru-baru ini. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda