Monday, July 1, 2024
22.3 C
Brunei

    -

    Bersama-sama ke arah masa depan tanpa salah guna dadah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Penyalahgunaan dan pengedaran dadah haram antara punca kepada berlakunya penyakit sosial yang kian menular dan memberi kesan yang boleh merosakkan individu, masyarakat dan juga negara.

    Khatib dalam Khutbah Jumaat hari ini bertajuk, ‘Memperkasa masyarakat masa depan tanpa penyalahgunaan dadah’ seterusnya mengongsikan statistik yang direkodkan oleh Biro Kawalan Narkotik, di mana tangkapan terhadap individu yang telah berkeluarga menunjukkan peningkatan sejumlah 720 kes pada tiga tahun kebelakangan.

    “Ini merupakan masalah serius yang semakin meningkat dalam masyarakat dan beberapa faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes ini termasuk faktor sosial, ekonomi, budaya dan juga individu,” tegasnya.

    Khatib dalam khutbahnya turut memberi contoh, di mana tekanan sosial yang tinggi, kurang pendidikan, gangguan emosi dan keluarga yang berpecah-belah dapat mempengaruhi seseorang untuk terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

    Selain itu, tegas Khatib lagi, kemudahan akses kepada dadah juga turut serta menyumbang kepada peningkatan penyalahgunaan dadah dalam masyarakat di mana, dadah dapat diperolehi melalui penyeludupan masuk dari sempadan, penjualan dadah dalam talian dan lain-lain.

    Di samping itu, kemerosotan moral dan nilai-nilai sosial dalam masyarakat turut menyumbang kepada peningkatan kesan penyalahgunaan dadah.

    Penyelesaian untuk mengurangkan kes tersebut dalam masyarakat, jelas Khatib, adalah melalui pendidikan awal dan kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dalam kalangan ahli keluarga, meningkatkan undang-undang dan penguatkuasaan serta memperbaiki keadaan sosial dan ekonomi masyarakat.

    Selain itu, kerjasama antara pihak berkuasa, masyarakat dan badan bukan Kerajaan juga adalah sangat penting dalam usaha untuk mengurangkan peningkatan kes ini dalam masyarakat.

    Dengan usaha yang bersepadu, tegasnya, ianya dapat mengatasi masalah peningkatan kes tersebut dan melindungi generasi masa depan daripada kesan negatif dadah.

    Masyarakat cemerlang adalah masayarkat yang mampu menciptakan lingkungan yang aman, sihat dan penuh berkah, kerana masyarakat masa depan yang bebas dari penyalahgunaan dadah adalah masyarakat yang memiliki ciri-ciri tertentu.

    Khatib seterusnya menjelaskan, taat kepada Allah iaitu masyarakat tersebut akan mengutamakan ketaatan kepada Allah dalam setiap aspek kehidupan.

    GAMBAR FAIL MUIZ MATDANI

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Sabtu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN - China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin. Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana...