Wednesday, September 11, 2024
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bersama sambut Hari Yoga Antarabangsa

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JUN – Penggemar senaman yoga bersama-sama merebut peluang untuk mengambil bahagian dalam Hari Yoga Antarabangsa ke-9 anjuran Suruhanjaya Tinggi India di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Rumah India, Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Acara yang membawa tema One Earth-One Family-One Future itu dihadiri oleh perwakilan dari negara-negara sahabat, penggemar dan pengamal senaman yoga, golongan belia, rakan-rakan India dan ahli komuniti India serta dikendalikan oleh pakar yoga terkenal di Brunei iaitu Guru Yoga, Brahmanand Tichkule.

    Hari Yoga Antarabangsa diraikan setiap tahun sejak 21 Jun 2015 sebagai sebahagian daripada komitmen global Perdana Menteri Shri Narendra Modiji kepada kesihatan mental dan fizikal universal manusia menerusi amalan yoga.

    Seperti tahun-tahun sebelumnya, sambutan diraikan di Negara Brunei Darussalam dengan dikelilingi keindahan alam semula jadi yang hijau di mana ia amat sesuai bagi senaman yoga.

    Selain daripada senaman yoga, acara itu turut mengetengahkan siri gambar dan poster yang merupakan sebahagian daripada Kempen Azadi ka Amrit Mahotsav (AKAM) dan
    Incredible India di mana ia mempamerkan gambar-gambar mengenai pelancongan, pengembaraan dan teknologi India.

    Senaman yoga mempunyai pelbagai manfaat serta merupakan senaman yang holistik yang mampu untuk menyatukan badan, minda dan jiwa pengamalnya. Yoga boleh diamalkan oleh semua tanpa mengira peringkat umur, jantina atau tahap kecergasan mereka.

    Brahmanand Tichkule mengendalikan senaman yoga semasa Hari Yoga Antarabangsa ke-9 yang berlangsung di Rumah India, Bandar Seri Begawan, kelmarin.
    Antara yang menyertai acara senaman yoga berkenaan.
    Gambar ramai peserta aktiviti yoga berkenaan. – Gambar serahan Suruhanjaya Tinggi India di Negara Brunei Darussalam

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda