Saturday, March 15, 2025
25.1 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Bersama semai amalan 3R

Oleh Nurdiyanah R.

TUTONG, 29 DIS – Dalam menanai tanggungjawab sosial untuk sama-sama menyemai amalan 3R iaitu Reduce, Reuse and Recycle, Kumpulan IMPAK Penggerak Belia Daerah Tutong tidak ketinggalan dalam menghantar barang-barang kitar semula seperti kertas, botol-botol plastik dan e-waste di Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe), Daerah Tutong, baru-baru ini.

Sokongan kesedaran kitar semula itu adalah bersempena dengan Hari Kitar Semula Senegara di mana Kementerian Pembangunan melalui JASTRe telah mengadakan Inisiatif Hari Kitar Semula Senegara di kesemua daerah yang memfokuskan kepada beberapa buah lokasi.

Semasa ditemui, baru-baru ini, Pemangku Penghulu Pekan Tutong dan Pengerusi Kumpulan IMPAK Penggerak Belia Daerah Tutong, Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan berkata, inisiatif dikendalikan oleh pihak JASTRe itu merupakan langkah yang sangat baik dan perlu diteruskan dari semasa ke semasa.

“Dengan adanya projek sebegini, ia semestinya dapat meningkatkan lagi kesedaran orang ramai secara menyeluruh agar tidak melakukan pembuangan secara sembarangan sekali gus mengetahui akan kepentingan kitar semula serta memperkenalkan perkhidmatan-perkhidmatan kitar semula yang terdapat di negara ini,” tambah beliau.

Kumpulan IMPAK Penggerak Belia Daerah Tutong turut tidak ketinggalan menghantar barang-barang kitar semula di JASTRe, Daerah Tutong, baru-baru ini.
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda