Wednesday, May 14, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bersama tingkatkan taraf hidup rakyat

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MAC – Semua pihak yang berkepentingan diharap dapat terus bekerjasama dalam satu pasukan yang akan sama-sama melaksanakan tanggungjawab dan peranan dalam bidang tugas masing-masing yang diamanahkan untuk merealisasikan Wawasan Brunei 2023 nanti.

    Yang Berhormat Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abdul Salam (gambar) menjelaskan perkara ini semasa menyampaikan ucapan penangguhan persidangan Majlis Mesyuarat Negara (MMN), kelmarin di Bangunan Dewan Majlis.

    Dalam ucapan penangguhan itu, Yang Berhormat Hajah Safiah seterusnya menekankan perbahasan mengenai pelbagai isu dan cabaran, strategi dan inisiatif kementerian-kementerian serta cadangan-cadangan penyelesaian itu akan dapat memberi impak positif kepada kesejahteraan rakyat dan kestabilan sosioekonomi negara.

    Beliau seterusnya mengongsikan seperti isu kemiskinan, Skim Kebajikan Negara, sektor-sektor pertanian, penternakan dan perikanan negara yang meliputi penyaluran keperluan asas dan kemahiran kepada golongan yang berpendapatan rendah dan juga kepada golongan belia.

    “Ini adalah untuk meningkatkan taraf hidup agar rakyat hidup berdikari dan seterusnya kadar kemiskinan di negara ini dapat dikurangkan,” tambahnya.

    Selain itu, isu berkaitan pembangunan negara dan kestabilan ekonomi negara serta usaha-usaha untuk mengembang luas dan meningkatkannya juga mendapat perhatian.

    Dalam ucapan penangguhan beliau turut melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada menteri-menteri kabinet atas kepimpinan dan usaha merancang pelbagai strategi dan inisiatif untuk menangani isu dan cabaran yang mengesankan rakyat dan negara.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda