Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bersantai menerusi kegiatan riadah

    Oleh Dayang Siti Alus

    TEMBURONG, 30 JUN – Sebagai salah satu usaha untuk mengeratkan silaturahim dan mengisi masa lapang dengan aktiviti bermanfaat, seramai 30 orang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan telah berkumpul untuk mengambil bahagian dalam aktiviti riadah di Taman Peranginan Batang Duri, Daerah Temburong, baru-baru ini.

    Acara hujung minggu itu telah diisikan dengan pelbagai aktiviti sukan dan permainan santai yang menitikberatkan semangat bekerjasama dan ikatan kekeluargaan dan persahabatan, di samping bersaing secara sihat bagi merebut hadiah-hadiah di akhir acara.

    Turut menyemarakkan acara kekeluargaan ialah aktiviti bergotong-royong membersihkan sekitar kawasan taman rekreasi sebagai salah satu tanggungjawab sosial. Acara tersebut bertujuan mengeratkan silaturahim di kalangan ahli keluarga dan sahabat handai, di samping memupuk budaya sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar. 

    Antara yang mengambil bahagian dalam aktiviti riadah yang dianjurkan di Taman Peranginan Batang Duri, Daerah Temburong, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda