Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    ‘Bersatu, bersedia hadapi krisis global’

    JAKARTA, 16 OGOS – Presiden Indonesia hari ini menyeru rakyat dan penduduk terus bersatu, berjaga-jaga dan berwaspada ketika mereka berdepan krisis demi krisis disemarakkan oleh perang di Ukraine dan pandemik koronavirus ketika menyampaikan perutusan negara hari ini.

    “Kita mesti selalu berjaga-jaga, berhati-hati dan waspada. Krisis demi krisis masih menghantui dunia,” kata Presiden Joko Widodo. Selepas dua tahun pertemuan secara dalam talian kerana sekatan pandemik, lebih separuh ahli parlimen Indonesia mendengarkan perutusan Widodo dan pegawai tertingginya pada malam menjelang Hari Kemerdekaan Indonesia, menekankan bahawa ketegangan rantau itu mengancam keselamatan negara.

    Beliau menjelaskan apabila perang tercetus di Ukraine mengakibatkan krisis tenaga dan makanan, dunia masih lagi bergelut dengan impak kesihatan dan ekonomi COVID. Beberapa buah negara diramalkan muflis, manakala lebih 550 juta orang berdepan kemiskinan tegar dan 345 juta lagi berdepan kekurangan makanan dan kebuluran, tambahnya.

    “Cabaran ini tidak mudah bagi dunia dan Indonesia. Maka kita mesti mendepani cabaran ini dengan kebijaksanaan dan berhati-hati,” katanya.

    Perang Rusia di Ukraine telah memburukkan kenaikan harga di Indonesia di tengah-tengah gangguan rantaian bekalan akibat pandemik, mengakibatkan harga minyak masak melonjak tinggi manakala gangguan dalam bekalan gandum, kacang soya dan jagung turut menjejaskan kos-kos makanan lain.

    Pada April, Indonesia melarang semua eksport minyak mentah kelapa sawit, satu bahan utama dalam minyak masak selama sebulan di tengah-tengah bantahan pelajar terhadap harga makanan yang melambung tinggi.

    Indonesia dan Malaysia merupakan pengeksport terbesar dunia minyak kelapa sawit, menguasai 85 peratus pengeluaran global. – AP

    Sekumpulan pelajar universiti mengembangkan bendera besar negara untuk dikibarkan di tembok batu menjelang sambutan Hari Kemerdekaan ke-77 Indonesia pada 17 Ogos, di pantai Lhoknga, wilayah Aceh. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...