Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jun – Persatuan Bekas-bekas Peserta Kapal Belia Asia Tenggara (BERSATU) hari ini telah mengadakan Majlis Membaca Tahlil Arwah dan Berbuka Puasa bersama Anak-anak Yatim yang berlangsung di Rumah BERSATU di Anggerik Desa.
Antara yang menghadiri majlis tersebut ialah ahli-ahli alumni dan mantan peserta Program Kapal Belia Asia Tenggara (SSEAYP) dan 38 orang anak yatim dan keluarga dari Mukim Berakas A.
Majlis turut diselajurkan dengan penyampaian sumbangan derma kepada anak-anak yatim oleh Presiden BERSATU, Hajah Rosmawatiniah binti PA Haji Ibrahim, penghulu serta ketua-ketua kampung di Mukim Berakas A.
Derma yang disumbangkan oleh orang-orang persendirian berkenaan diharap dapat membantu serta meringankan beban anak-anak yatim serta keluarga mereka lebih-lebih lagi menjelang Lebaran tidak lama lagi.
