Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Bersedekah biar ikhlas

    Amalan bersedekah merupakan sesuatu yang berkebajikan dan terpuji di mana ganjaran pahala akan diterima bagi para penderma sedekah.

    Namun demikian, perlu dipastikan bahawa para penderma sedekah mempunyai niat yang ikhlas di samping mengetahui barang yang ingin dijadikan sedekah itu adalah dalam keadaan yang baik.

    Bukan hanya asal untuk menyerahkan barang kepunyaan dengan alasan bertujuan semata-mata ingin untuk mengosongkan ruang almari atau kawasan yang padat dan dipenuhi dengan barangan atau pakaian yang tidak digunakan lagi.

    Menerusi luahan cerita di media sosial berkaitan penderma yang ingin memberikan sedekah berupa pakaian di salah sebuah kampung di kawasan Gadong, pihak penderma telah mengarahkan supaya mengambil pakaian berkenaan di tempat kediamannya.

    Setelah tiba di lokasi didapati bahawa kualiti pakaian tidak memuaskan seperti koyak rabak, tidak dicuci dan sebagainya.

    Gambar Envato

    Memang diakui kesemua pakaian yang disedekahkan itu adalah percuma, akan tetapi pemiliknya tidak sepatutnya menyedekahkan pakaian rosak.

    Antara yang menyedihkan lagi adalah tidak ada satu pun daripada pakaian itu boleh dipakai kerana kesemuanya layak untuk dibuang.

    Justeru ia hanya dianggap sebagai usaha sia-sia untuk mengambil ‘pakaian sedekah’ yang langsung tidak memberikan manfaat.

    Jadinya, mana-mana pihak yang ingin untuk menghulurkan sedekah dalam apa jua jenis barang sama ada berupa pakaian, makanan atau sebagainya perlu terlebih dahulu memastikannya dalam keadaan yang baik.

    Elakkan daripada memberikan sedekah berdasarkan alasan malahan digalakkan supaya melakukan dengan niat yang tulus.

    Hasanah S.

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Sharnaaz Ahmad ‘tegur’ duda ikut trend Jamilah

    Pelakon Sharnaaz Ahmad menegur golongan duda yang terlalu asyik...

    Pelajar Tahun 6 SR YSHHB meriahkan aktiviti selepas PSR

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...