Oleh Yusrin Junaidi – BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Memelihara kesihatan mental adalah penting kerana ia merupakan salah satu amanah dan nikmat daripada Allah SWT. Dengan adanya kesihatan mental yang baik ia dapat membantu manusia dalam menyempurnakan ibadah dengan khusyuk dalam solatnya, menajamkan ingatannya untuk menghafaz ayat-ayat suci Al-Quran dan mudah meningkatkan ilmu pengetahuan

