Bersedia tangani kecemasan

Oleh Normazlina M.D

TUTONG – Seramai 97 orang murid beserta 10 orang guru dan kakitangan Sekolah Nurul Falah Penanjong, Tutong telah mengikuti tunjuk cara menggunakan alat-alat pemadam api kebakaran yang diadakan di bangunan sekolah berkenaan, baru- baru ini.

Hadir mengetuai bagi Balai Bomba Tutong ialah Timbalan Pegawai Perhubungan Awam Operasi E, ABK 340 Omarshah bin Haji Hassan bersama tiga orang ahli bomba dari Balai Bomba, Tutong. Turut hadir menyaksikan dan ikut serta dalam tunjuk cara tersebut ialah guru besar sekolah, Hajah Nur Fadhilah binti Haji Abu Bakar, guru-guru dan murid-murid sekolah berkenaan.

Aktiviti demostrasi ini adalah penting bagi kakitangan sekolah supaya sentiasa bersedia menangani kecemasan dan merupakan langkah persediaan awal bagi guru-guru dan kakitangan sekolah membuat tindakan sekira terjadinya kebakaran.

Semasa tunjuk cara menggunakan alat-alat pemadam api kebakaran di bangunan sekolah Sekolah Nurul Falah Penanjong, Tutong, baru-baru ini.