Tuesday, July 2, 2024
24 C
Brunei

    -

    Berseronok sambil belajar aktiviti interaktif

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 8 SEPT – Program aktiviti pendidikan menarik Full STEAM Ahead (FSA) anjuran Makmal Tenaga Seria (SEL) bersama SeriaKu Ceria berakhir baru-baru ini di Taman Rekreasi Tenaga Seria (SERP).

    Program yang diadakan semasa cuti sekolah itu menawarkan pelbagai pengalaman menarik yang memupuk kreativiti, pembangunan peribadi serta pendidikan, terutamanya untuk pelajar.

    Salah satu acara utama program ini ialah Aquashow, sesi pembelajaran interaktif di mana pelawat dapat menerokai zon AquaLab SEL dan menemui pelbagai jenis karang dan hidupan akuatik yang hidup di lautan. Pengunjung juga dapat melihat dari dekat dan menyentuh beberapa haiwan marin di Touch Pond.

    Selain itu, ceramah khas, aktiviti dan sesi interaktif turut dianjurkan muzium Universiti Brunei Darussalam (UBD), di mana sesi tersebut memperkenalkan pelbagai spesies serangga yang terdapat di Negara Brunei Darussalam, kesedaran kesihatan mental dan kempen Pusat Promosi Kesihatan, ceramah kesihatan wanita yang dilakukan oleh Bleed Safely selain pasukan dari Reefcheck Brunei berkongsi tentang kepentingan pemuliharaan terumbu laut.

    “Anak-anak saya amat menyukai acara di sini. Mereka suka berinteraksi dengan objek pameran dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti dan pertunjukan yang dianjurkan. Mereka boleh belajar dan berseronok pada masa yang sama,” kata ibu bapa salah seorang pelajar semasa menyertai program tersebut.

    Antara aktiviti yang dianjurkan oleh SEL semasa program FSA baru-baru ini. – Gambar serahan SEL
    Gambar serahan SEL

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Banjir, tanah runtuh di India ragut 16 nyawa

    GUWAHATI, 2 JULAI – Banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan lebat telah meragut sekurang-kurangnya 16 nyawa dalam tempoh dua minggu lalu di...