Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bersih kubur menjelang Ramadan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MAC – Bersempena kedatangan bulan Ramadan yang suci, Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Bahagian Hal Ehwal Belia dengan kerjasama Kumpulan Belia Masjid RPN Kampung Pandan, Daerah Belait dan Sekolah Menengah Sayyidina Ali, Daerah Belait telah mengadakan Kempen Gotong-Royong Kebersihan Tanah Perkuburan Orang Islam bagi Belia dan Beliawanis Masjid, baru-baru ini.

    Seramai 30 orang belia dan beliawanis mengikuti kempen yang diadakan di Tanah Perkuburan Islam Batu 3, Daerah Belait.

    Sementara itu, seramai 15 orang belia dan beliawanis masjid telah terlibat dalam kempen serupa di Tanah Perkuburan Islam Kiarong yang diselenggarakan oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Bahagian Hal Ehwal Belia dan ahli Jawatankuasa Tertinggi Belia dan Beliawanis Masjid Senegara dengan kerjasama Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

    Antara tujuan kempen berkenaan adalah untuk mewujudkan silaturahim dalam menjalin kesepakatan antara belia dan masyarakat dan mendidik belia dalam bekerjasama membiasakan belia dalam disiplin, kebersihan serta kesihatan.

    Di samping mendidik belia dalam mengingati tentang kematian, kempen juga dihasratkan untuk membimbing para belia agar sentiasa mengamalkan doa dan mengingati kepada keluarga yang sudah tiada, sekali gus menjadi salah satu inisiatif untuk mendedahkan belia-belia akan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

    Antara beliawanis yang turut serta semasa kempen berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda