Ketika dunia global termasuk negara ini masih di bawah ancaman virus, salah satu langkah yang terbaik untuk mencegah jangkitan secara kontak fizikal adalah dengan melakukan perniagaan dalam talian.
Bukan sahaja dapat mencegah kontak fizikal, ia juga memudahkan proses jual beli. Walau bagaimanapun, sesetengah peniaga menyalahgunakan kaedah penjualan dalam talian ini, di mana ada yang melakukan penipuan semata-mata ingin mendapat wang pembeli. Kes-kes sebegini semakin banyak terjadi di negara ini seperti baru-baru ini penulis ada terbaca satu entri dalam laman media sosial bahawa seorang pembeli ditipu oleh penjual.
Dalam entri tersebut menyatakan pembeli melakukan pembelian barang secara pra tempahan dan sudah membuat pembayaran. Namun barang yang dibeli hanya tinggal janji daripada si penjual. Pembeli tersebut sudah menghubungi si penjual namun tiada sebarang jawapan.
Kenapa masih ada penjual seperti ini, sanggup menipu demi mendapat wang. Persoalan saya di sini, apakah tindakan yang dilakukan terhadap kes seperti ini? Adakah sebarang tindakan dilakukan dari pihak tertentu setakat ini? Jangan ‘kerana setitik nila habis susu sebelanga’, di mana kami sebagai penjual yang lain turut terbabit kerana seorang peniaga.
Perkara seperti ini perlu diambil berat, kerana hal ini bukan perkara baharu dan sudah banyak terjadi. Diharap pihak relevan mengambil perkara ini agar tidak menular di negara ini sehingga penjual takut membuat pembelian secara dalam talian dan menganggap semua penjual sama.
Penjual telus