Tuesday, April 22, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bersosialisasi bersama pelajar berkeperluan khas

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Feb – Seramai 20 orang pelajar berkeperluan khas bersama ibu bapa dan guru-guru SENA dan sandaran Model Sekolah Inklusif, Sekolah Rendah Keriam, Tutong telah mengadakan aktiviti riadah ke Taman Rekreasi Sungai Basong, Daerah Tutong.

    Antara tujuan aktiviti berkenaan diadakan adalah untuk mendedahkan para pelajar kepada suasana pembelajaran di luar persekitaran sekolah.

    Selain daripada itu, aktiviti berkenaan dapat memberi peluang dan ruang kepada pelajar, ibu bapa dan guru bersosialisasi dan mengeratkan silaturahim.

    Antara yang terlibat dalam memeriahkan aktiviti riadah di Taman Rekreasi Sungai Basong, Daerah Tutong.
    Antara yang terlibat dalam memeriahkan aktiviti riadah di Taman Rekreasi Sungai Basong, Daerah Tutong.

    Ini bertepatan dengan misi dan visi Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan yang mengutamakan penglibatan ibu bapa dalam apa jua aktiviti pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah. Guru-guru dan ibu bapa secara peribadi menyuarakan rasa gembira dan berpuas hati serta mengharapkan aktiviti seumpamanya dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

    Antara aktiviti yang diadakan semasa riadah tersebut adalah seperti senaman memanaskan badan, ‘nature walk’, sukan mini ibu bapa dan pelajar dan diakhiri dengan menikmati jamuan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda