Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mac – Sebelum cuti penggal pertama persekolahan bermula, pelbagai kegiatan diadakan bukan sahaja bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di antara guru dan murid tetapi juga memenuhi keperluan murid supaya akan bersukan dan melakukan kegiatan fizikal sambil beriadah.
Sehubungan dengan itu, sebagai salah satu kegiatan tahunan RPN, Unit Kokurikulum Sekolah Ugama Dato Mohd Yassin, Brunei II ‘B’ Rancangan Perumahan Negara Kampung Mentiri telah mengadakan acara berbasikal mengelilingi kawasan RPN Kampung Mentiri, baru-baru ini.
Dalam acara itu, para murid berpeluang untuk melakukan aktiviti berbasikal mengelilingi kawasan RPN Kampung Mentiri dengan diawasi oleh guru-guru sekolah berkenaan.
