Bertahlil di Kubah

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 OKT – Bagi memperingati Hari Antarabangsa Warga Emas (HAWE), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Brunei dan Muara dan Tutong serta Pertubuhan Wargamas telah mengadakan majlis tahlil di Kubah Makam Diraja, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang diadakan bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja  Isteri Pengiran Anak Damit itu ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan lelaki KKBS dan JAPEM, ahli-ahli PKWE, Wargamas seluruh daerah.

Bacaan Surah Yasin dan tahlil pada majlis tersebut dipimpin oleh Ketua Guru Ugama Kompleks Rumah Kebajikan, Haji Shahrin bin Haji Sulaiman.

Bersempena dengan Sambutan HAWE tahun ini, JAPEM juga akan mengadakan Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak berjemaah, Membaca Surah Yasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran pada 21 Oktober ini di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong dan Simposium HAWE 2019 (Demensia) pada 22 Oktober 2019 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan ketika hadir pada majlis tersebut.