Tuesday, March 18, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bertahlil di Kubah Makam Diraja

    Oleh Yusrin Junaidi & Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MAC – Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jabatan-jabatan di dalamnya serta majlis-majlis perundingan mukim dan Kampung telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit serta Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, petang tadi.

    Hadir di majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan tahlil dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Mohd Afif bin Dato Seri Setia Haji Japar.

    Turut hadir, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang terdiri daripada penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung, setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan KHEDN dan jabatan-jabatan di dalamnya serta penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung dari keempat-empat daerah.

    Sementara itu, seramai 250 orang pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) berserta jabatan-jabatan dan bahagian-bahagian di bawahnya juga telah mengadakan majlis yang sama. Rombongan kementerian tersebut diketuai oleh Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin semasa menghadiri majlis itu. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf semasa menghadiri majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN KSSUP
    Ketua-ketua dari syarikat BSP, BSM, BGC, MBMC dan BFI semasa menghadiri majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin semasa menghadiri majlis itu. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah disusuli bacaan Surah Yasin dan tahlil beramai-ramai yang dipimpin oleh Imam Tingkat 1, Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampung Sungai Kebun, Awang Muhd Arif bin Haji Johari.

    Turut hadir, Timbalan Setiausaha Tetap di KSSUP, Haji Mohd Yusree bin Haji Junaidi, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan dan bahagian-bahagian di bawah KSSUP.

    Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP), Brunei LNG Sdn Bhd, Syarikat Pemasaran Brunei Shell (BSM), Brunei Gas Carriers (BGC), Brunei Methanol Company (BMC), dan Brunei Fertilizer Company Sdn Bhd (BFI) hari ini juga tidak ketinggalan me-ngadakan majlis serupa.

    Rombongan diketuai oleh ketua-ketua dari syarikat tersebut yang terdiri daripada Pengurus Korporat BSP, Haji Mohd Jaafar bin Haji Awang Bakar; Pengurus Pengembangan & Strategi Brunei LNG, Haji Mazrul Adini bin Haji Abdul Ghani; Pemangku Pengarah Urusan BSM, Haji Mohd Hairul Radzi bin Haji Shahri; Pengarah Urusan BGC, Kapten Abdul Mateen Abdurrahman Liew; Pengurus Am Loji BMC, Awang Mohd Nor Amin bin Haii Abdul Wahab; dan Ketua Operasi BFI, Pengiran Haji Muhammad Ibrahim Pengiran DP Haji Abu Bakar, serta pegawai kanan dan kakitangan dari keenam-enam syarikat.

    Bacaan Surah Yasin, tahlil, dan Doa Arwah telah dipimpin oleh Awang Asril Amin bin Ahmad dari BGC.

    Manakala Majlis Tahlil dan Doa Arwah juga dihadiri lebih 150 orang penjaja dan kakitangan serta keluarga dari Sumbangsih di Kubah Makam Diraja, hari ini.

    Hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Bangunan Sumbangsih Mulia, Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin.

    Bacaan Surah Yasin dan tahlil dipimpin oleh lepasan penuntut Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Awang Abdul Qayyum bin Kamarudjaman.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda