Saturday, May 3, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bertahlil di Kubah Makam Diraja

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MAC – Pegawai dan kakitangan Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini mengadakan majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja.

    Majlis tahlil tersebut diadakan khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.

    Hadir bagi menyertai majlis tersebut ialah Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Dato Paduka Haji Hamiddon bin Haji Ibrahim.

    Bacaan Surah Yasin, tahlil dan doa dipimpin oleh Pegawai Agama dari Pejabat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Awang Muhammad Syafie @ Firdaus bin Tarsad.

    Turut menyertai majlis tersebut ialah Pemangku Grand Chamberlain, Pengiran Haji Raffizanna bin Pengiran Haji Razali; Timbalan Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Dato Paduka Haji Rosli bin Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd Salleh serta pegawai-pegawai dan kakitangan Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

    Antara yang hadir pada majlis tahlil di Kubah Makam Diraja kelmarin. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda