Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 18 SEPT – Sempena 50 Tahun Penubuhan Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei, Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Majlis Bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien; Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit; dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.
Hadir bagi menyertai majlis berkenaan ialah Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Dato Paduka Haji Hamiddon bin Haji Ibrahim dan Timbalan Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Dato Paduka Haji Rosli bin Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd Salleh, berserta pegawai-pegawai kanan dari Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei.
Bacaan Surah Yasin, Tahlil dan doa dipimpin oleh Pegawai Ugama, Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Awang Muhammad Syafie @ Firdaus bin Tasad.


