Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bertolak ansur di kejiranan semasa beraya

    Kunjung-mengunjungi merupakan salah satu tradisi di negara ini semasa Hari Raya Aidilfitri dengan tujuan memeriahkan suasana bulan Syawal dan sebagai cara untuk mengerat dan mengukuhkan silaturahim sesama kita serta memohon maaf.

    Namun, semasa kita bersuka ria menziarahi sanak-saudara, kita sepatutnya juga menghormati jiran tetangga saudara kita dan tidak hanya mementingkan diri sendiri. Semasa berkunjung ke rumah terbuka atau saudara-mara, janganlah sesuka hati meletakkan kereta di kawasan atau laluan orang lain sehingga menyekat perjalanan mereka untuk keluar dari perkarangan rumah mereka.

    Sebaik-baiknya sebagai sesama umat Islam dan menjaga identiti keBruneian kita sebaiknya berbudi bahasa untuk meminta izin daripada pemilik rumah untuk meletakkan kereta dan bukan hanya sesuka hati meletakkannya di mana-mana.

    Di samping itu juga, semasa perayaan ini juga para pemandu perlu meningkatkan kepekaan dan berhati-hati semasa memandu dan tidak membahayakan pemandu lain seperti memasuki simpang atau laluan secara tiba-tiba tanpa menggunakan signal. Sebaiknya para pemandu perlu merancang lebih awal ke mana destinasi hendak dituju dan janganlah menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

    Sama-sama beingat

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda