Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beruang ceroboh pasar raya Jepun, dua lelaki cedera

    TOKYO, 8 OKT – Seekor beruang merayau-rayau di sebuah pasar raya di tengah Jepun, mencederakan dua lelaki dan menakutkan para pembeli manakala dalam kejadian berasingan, seorang lelaki ditemui mati akibat serangan beruang, kata pegawai dan laporan hari ini.

    Semakin banyak beruang liar telah dikesan di Jepun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk di kawasan perumahan, antaranya disebabkan oleh faktor populasi manusia
    yang semakin berkurangan dan perubahan iklim.

    Seorang lelaki ditemui mati di sebuah gunung hari ini di wilayah utara Iwate selepas satu lagi serangan disyaki dilakukan oleh beruang, menurut penyiar awam NHK.

    Secara berasingan, beruang dewasa berukuran 1.4 meter yang memasuki pasar raya kelmarin, di Numata, Gunma, utara Tokyo, mencederakan seorang lelaki berusia 70an dan seorang lagi dalam lingkungan umur 60an, kata polis wilayah dan pegawai bomba.

    “Pasar raya itu berhampiran dengan kawasan pergunungan, tetapi tidak ada beruang yang pernah mendekati sebelum ini,” kata pegawai perancangan pengurusan di rangkaian kedai runcit, kepada AFP. – AFP

    Gambar bertarikh 7 Oktober 2025 menunjukkan seekor beruang berjalan di dalam pasar raya di Numata, wilayah Gunma. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda