TOKYO, 18 JULAI – Seekor beruang coklat ditembak mati pagi tadi di bandar Fukushima, wilayah Hokkaido di utara Jepun, berhampiran lokasi serangan maut minggu lalu yang meragut nyawa seorang lelaki, lapor Xinhua.
Menurut penyiar awam NHK, polis menerima laporan daripada seorang penduduk Fukushima yang mendakwa melihat seekor beruang di kawasan Tsukisaki sekitar 2 pagi waktu tempatan.
Anggota polis dan pemburu bergegas ke lokasi dan menemukan seekor beruang coklat setinggi kira-kira 1.5 meter (m). Beruang itu dilaporkan ditembak mati oleh pemburu pada kira-kira 3:30 pagi.
Di Fukushima, seorang penghantar akhbar berusia 52 tahun diserang dan dibunuh oleh seekor beruang coklat pada awal pagi 12 Julai. Lokasi kejadian itu terletak kira-kira 800m dari tempat penemuan beruang yang ditembak pagi ini. – Bernama
