LOS ANGELES, 22 OGOS – Seekor beruang yang sedang memburu makanan manis telah ditemui di belakang kaunter kedai aiskrim California pada hujung minggu.
Haiwan besar itu kelihatan amat selesa apabila timbalan syerif hadir untuk menyiasat di bandar peranginan South Lake Tahoe Ahad lalu.
Para pegawai telah menghalau tetamu tidak di undang itu keluar dari kedai, tetapi sebelum itu sempat menangkap beberapa gambarnya.
“Dengan sedikit dorongan, beruang itu akhirnya keluar, tetapi hanya selepas menunjukkan minat terhadap ais krim strawberi,” kata satu catatan di halaman Facebook Pejabat Syerif Daerah El Dorado.
“Syukurlah, beruang Fuzzy itu tidak menimbulkan apa-apa kerosakan harta benda,” tambahnya.
Isu beruang merupakan perkara biasa di California dan ia kerap pergi mencari makanan di penempatan manusia, termasuk memasuki rumah atau kenderaan.
Serangan terhadap manusia jarang berlaku, tetapi haiwan itu kadangkala boleh mengakibatkan kerosakan, terutamanya apabila ia tidak dapat mencari jalan keluar. – AFP


