Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beruang kutub bunuh dua beranak

    LOS ANGELES, 19 JAN – Seekor beruang kutub membunuh seorang wanita muda dan anak damit lelakinya di kawasan terpencil di Alaska, menurut polis.

    Polis berkata beruang itu berkeliaran dalam komuniti kecil Wales di pantai barat Amerika Syarikat (AS), di mana ia mula mengejar orang ramai. Ia menyerang Summer Myomick yang berusia 24 tahun dan anak lelakinya, Clyde Ongtowasruk yang berusia satu tahun berhampiran sekolah komuniti itu.

    Seorang penduduk tempatan menembak dan membunuh haiwan itu semasa serangan, tetapi serangan beruang kutub itu sangat teruk sehingga ibu dan anak damitnya terkorban, kata mereka mengenai tragedi baru-baru ini.

    Wales, sebuah kampung dengan kira-kira 150 orang di Selat Bering yang memisahkan Amerika Syarikat dari Rusia, adalah sebahagian daripada Majlis Pengurusan Bersama Nannut Alaska, sekumpulan masyarakat orang asli yang secara tradisinya memburu beruang kutub untuk menyara hidup.

    Imej satelit menunjukkan persekitaran terbiar dengan hanya beberapa bangunan rendah, kebanyakannya tertumpu di sepanjang pantai. Selain pejabat pos yang kecil, terdapat sebuah lapangan kapal terbang kecil, dan apa yang kelihatan seperti jalan tunggal yang menghala ke luar kampung. – AFP

    Gambar fail bertarikh 15 Jun 2014 yang dikeluarkan oleh Jabatan Geologi AS menunjukkan seekor beruang kutub mengeringkan diri selepas berenang di Laut Chukchi di Alaska. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda