Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beruang teddy dijadikan penawar hati

    CIUDAD JUAREZ, MEXICO, 17 JAN – Seorang tukang jahit di Mexido menawarkan bantuan kepada keluarga mangsa koronavirus untuk menghadapi kehilangan mereka dengan menjahit beruang teddy menggunakan pakaian saudara mereka yang meninggal dunia.

    Erendira Guerrero, 55, berharap keluarga yang bersedih akan melihat beruang teddy sebagai sebahagian kecil daripada saudara mereka yang terkorban, namun secara beransur-ansur dapat menganggapnya sebagai satu objek.

    “Apabila anda memberikannya kepada mereka, ikatan istimewa akan terjalin,” beritahunya kepada AFP dalam bengkel jahitan di utara bandar Ciudad Juarez.

    Dia menjual beruang teddy pada harga 600 pesos kepada orang yang menghubunginya menerusi media sosial. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda