Wednesday, June 7, 2023
27.9 C
Brunei

    -

    Berupaya tawar perkhidmatan ujian forensik berkualiti

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan Kementerian Kesihatan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MEI – Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan melalui Divisyen Sains Forensik berjaya meraih akreditasi makmal bertaraf antarabangsa iaitu ISO/EC 17025:2017 dalam bidang ujian forensik dari Lembaga Akreditasi Kebangsaan (ANAB) Institut Piawaian Kebangsaan Amerika (ANSI) pada 12 Mei lalu.

    Jabatan Perkhidmatan Saintifik telah menjalani penilaian awal pada 28 Februari hingga 2 Mac lalu berdasarkan penilaian pengurusan, kelayakan teknikal dan kecekapan makmal untuk menjalankan aktiviti-aktiviti ujian forensik menurut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan di dalam keperluan piawaian ISO/IEC 17025:2017 dan keperluan tambahan ANAB.

    Sehubungan dengan itu, penyerahan sijil akreditasi berkenaan telah disampaikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar kepada Pemangku Pengarah Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Pengiran Hajah Sofiah binti Pengiran Haji Bakar di Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Penganugerahan akreditasi kepada piawaian ISO/IEC 17025:2017 itu, membuktikan bahawa makmal-makmal di bawah Divisyen Sains Forensik mempunyai keupayaan untuk memberikan perkhidmatan ujian forensik yang berkualiti dan boleh dipercayai oleh pihak penguat kuasa undang-undang dan pihak yang berkepentingan.

    Di samping itu, ia juga membuktikan bahawa pegawai dan kakitangan di Jabatan Perkhidmatan Saintifik mempunyai kepakaran dan kompetensi dalam bidang forensik masing-masing yang diperakui oleh badan antarabangsa.

    Empat buah makmal di bawah Divisyen Sains Forensik iaitu Bahagian Forensik Biologi, Bahagian Dadah Haram, Bahagian Bukti Fizikal dan Bahagian Toksilogi telah berjaya mendapat akreditasi berkenaan.

    Senarai skop akreditasi boleh didapatkan di laman sesawang ANAB ANSI iaitu www.anab.ansi.org.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan me-nyerahkan sijil akreditasi kepada Pengiran Hajah Sofiah (kiri).
    Yang Berhormat Menteri Kesihatan bergambar ramai selepas menyerahkan sijil akreditasi.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    NZ ambil tindakan penggunaan vape

    WELLINGTON, 6 JUN - New Zealand akan mengambil tindakan tegas terhadap penggunaan vape atau rokok elektronik untuk melindungi golongan mudanya, umum Menteri Kesihatan Ayesha...
    - Advertisment -