Thursday, May 15, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berwaspada di musim perayaan ini

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jun – Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang akan bermula esok di Negara Brunei Darussalam, Pasukan Polis Diraja Brunei menasihatkan orang ramai untuk berwaspada dan mengambil langkah-langkah keselamatan yang bersesuaian di musim perayaan ini.

    Orang ramai diminta untuk memastikan supaya akan berhati-hati apabila meninggalkan rumah untuk keluar berhari raya bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti kecurian dan kebakaran serta meningkatkan lagi langkah-langkah keselamatan terutama sekali semasa hendak meninggalkan rumah.

    Pagar, pintu dan jendela rumah hendaklah sentiasa dipastikan tertutup dan berkunci dengan kunci yang kukuh serta jangan membiarkan barang-barang berharga ditinggalkan di luar kawasan rumah yang boleh menjadi daya tarikan kepada penjenayah.

    Segala wang, barang-barang kemas dan barang-barang bernilai hendaklah disimpan di tempat-tempat yang difikirkan selamat.

    Manakala itu, lampu di luar rumah seboleh-bolehnya hendaklah dinyalakan pada waktu malam terutama sekali di tempat-tempat yang senang dilihat.

    Pasukan Polis Diraja Brunei juga menyarankan orang yang meninggalkan rumah untuk jangka masa yang panjang supaya memastikan keadaan rumah selamat.

    Balai-balai polis atau pos polis yang berdekatan hendaklah dimaklumkan tentang tarikh pemergian bagi bertujuan pemantauan dan rondaan semasa rumah tersebut ditinggalkan.

    Pengawasan Kejiranan di setiap kampung berkenaan juga hendaklah dimaklumkan bagi sama-sama mematai dan mengelakkan kejadian pecah rumah berlaku di rumah yang tidak berpenghuni.

    Mereka yang berhasrat hendak keluar negara juga dinasihatikan supaya memaklumkan kepada keluarga terdekat atau jiran yang berhampiran untuk memata-matai rumah dan sekitar kawasan luar rumah.

    Dalam pada itu, ibu bapa juga diingatkan supaya memantau serta memastikan anak-anak mereka sentiasa dalam pengawasan semasa keluar berhari raya.

    Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak dinasihatkan supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak mereka dan jangan membiarkan mereka balik lewat malam dan pastikan mereka tidak berkumpul di kawasan-kawasan awam atau melepak sepanjang malam serta terlibat dengan aktiviti jenayah dan aktiviti sosial yang tidak sihat.

    Orang ramai juga diingatkan bahawa semasa meninggalkan kereta untuk ke kedai atau meninggalkan kereta untuk seketika supaya memastikan enjin kereta dimatikan dan dikunci bagi mengelakkan kereta dicuri semasa meninggalkan kereta tersebut.

    Dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba, Pasukan Polis Diraja Brunei juga menasihatkan agar berhati-hati dalam keadaan cuaca yang kurang mengizinkan ini terutama sekali ketika hujan lebat.

    Orang ramai dinasihatkan supaya akan memandu dengan berhati-hati serta berwaspada dan mematuhi peraturan lalu lintas yang dikuatkuasakan bagi memastikan kemalangan dapat dielakkan.

    Pada musim ini juga, dinasihatkan supaya lampu kereta dinyalakan semasa memandu dan sentiasa berwaspada terhadap keadaan jalan di hadapan.

    Apabila memandu ke destinasi yang dituju, pastikan pemandu dan penumpang menggunakan tali pinggang
    keselamatan. Penggunaan telefon bimbit adalah ditegah semasa memandu.

    Sentiasa bertolak ansur dengan pengguna jalan raya yang lain dan jangan memandu hingga mengakibatkan kemalangan yang boleh memudaratkan diri, keluarga dan orang lain.

    Selain itu, pastikan kenderaan dalam keadaan selamat untuk dipandu, menjaga jarak kenderaan di hadapan, tidak memandu kenderaan dalam keadaan keletihan dan mengantuk serta tidak membenarkan mereka yang di bawah umur untuk memandu kenderaan.

    Orang ramai dinasihatkan supaya merancang destinasi perjalanan dengan teratur dan tidak tergesa-gesa serta mematuhi segala arahan dan berwaspada pada amaran papan tanda keselamatan di jalan raya.

    Dalam pada itu, Pasukan Polis Diraja Brunei juga menasihatkan mengenai mercun dan bunga api dengan menekankan mengenai Penggal 58 Senjata Api dan Bahan Letupan, Seksyen 15 iaitu sekatan mengimport mercun, bunga api dan sebagainya, sesiapa sahaja tidak boleh mengimport, membuat, menjual atau memiliki apa-apa mercun pasir atau apa-apa bunga api atau mercun yang mengandungi bahan letupan selain serbuk letupan hitam (iaitu seperti sulfur, batu arang dan salpetre) atau apa-apa bunga api atau mercun yang mengandungi lebih daripada satu per lima daripada satu auns mengikut berat serbuk letupan hitam tersebut.

    Jika sesiapa didapati melakukan tegahan tersebut boleh didakwa dengan penjara bagi tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 15 tahun dan akan dikenakan sebatan tidak kurang daripada tiga kali sebatan dan tidak lebih daripada 12 kali sebatan serta boleh dikenakan denda sebanyak $3,000.

    Pasukan Polis Diraja Brunei menggesa orang ramai supaya akan melaporkan dengan segera ke talian kecemasan 993 atau menghubungi balai-balai polis yang berdekatan.

    Maklumat yang diberikan akan membantu pihak polis dalam menangani jenayah yang mungkin akan berlaku terhadap keluarga mereka, jiran dan orang lain.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/