Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Best Eastern anjur ekspo buku

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 DIS – Best Eastern Bookstore kini sedang mengadakan ekspo buku bertemakan Enchanted Forest di Berakas di mana ia akan berlangsung sehingga awal Januari depan.

    Tema ekspo berkenaan memberikan bayangan kepada para pengunjung mengenai keunikan kehidupan alam flora dan fauna yang sudah pastinya menarik perhatian para pengunjung terutamanya dengan dekorasi menarik yang dipamerkan sepanjang ekspo itu dan pelbagai jenis buku yang dijual.

    Antara jenis buku yang boleh didapati ialah buku untuk orang dewasa, fiksyen, novel grafik, siri popular, self help, gaya hidup di samping buku kanak-kanak, buku rujukan pendidikan dan buku-buku terbitan tempatan.

    Para pengunjung juga berpeluang untuk mendapatkan buku-buku keluaran terbaharu dan laris seperti A Promised Land oleh Barack Obama, September Love oleh Lang Leav, Dog Man 09: Grime and Punishment serta buku Komi Can’t Communicate siri 10 oleh Tomohito Oda.

    Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk hadir bagi menyaksikan ekspo tersebut dan mendapatkan buku-buku terkini.

    Antara buku yang boleh didapati semasa ekspo buku bertemakan Enchanted Forest itu.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda