Friday, February 14, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    BEST sertai riadah berbasikal

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 6 Nov – Bagi menggalakkan ahli-ahlinya bergiat aktif dalam sukan berbasikal, Kumpulan Berbasikal Ekspedisi Sukarelawan Tutong (BEST) semakin rancak menyertai beberapa aktiviti riadah berbasikal, baru-baru ini.

    Kelmarin, kira-kira 20 orang ahli BEST telah menyertai Riadah Berbasikal bersempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta anjuran Majlis Perundingan Kampung Masin dan Kampung Bebatik.

    Riadah berbasikal sejauh 16km tersebut telah bermula dan berakhir di Bangunan Gerai Serbanika Ria Masin dan Bebatik.

    Sebelum ini BEST juga menyertai ‘Night Ride’ sejauh 25km anjuran Majlis Sukan Polis Diraja Brunei yang diadakan baru-baru ini.

    BEST semasa menyertai Night Ride anjuran Majlis Sukan Polis Diraja Brunei, baru-baru ini.

    Kayuhan ‘Night Ride’ berkenaan bermula di Ibu Pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei dan seterusnya menuju ke Jalan Gadong, Jalan Kumbang Pasang, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Dermaga Diraja, Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Balai Polis Pusat, Damuan dan seterusnya menuju ke Jalan Tutong, Jalan Kumbang Pasang, melalui Pusing Keliling Jabatan Perdana Menteri, Lebuh Raya Hassanal Bolkiah dan seterusnya kembali semula ke Ibu Pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei.

    Hadir mengetuai BEST ialah Pengerusi Kumpulan BEST, PW1 (B) Haji Aminuddin bin Haji Abdul Karim yang telah melahirkan harapan dengan menyertai kayuhan berbasikal di negara ini, akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara ahli-ahli BEST bersama penggemar berbasikal dan juga menggalakkan ahli-ahlinya aktif dalam bidang sukan berbasikal serta menikmati gaya hidup sihat walaupun usia semakin lanjut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda