Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    BETCON23 lakar kejayaan cemerlang

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Konvensyen Perdagangan BIMP-EAGA 2023 (BETCON23) telah mencapai kejayaan yang cemerlang dan menandakan satu peristiwa penting dalam memupuk kerjasama ekonomi serantau dan pembangunan.

    Acara yang berlangsung pada 25 hingga 29 Oktober itu menyaksikan jumlah peserta yang mengagumkan dan menjana banyak penglibatan yang produktif.

    Konvensyen berkenaan diakhiri dengan Malam Gala BETCON23 bagi mengiktiraf kecemerlangan dalam pelbagai sektor dengan mempersembahkan 10 anugerah khas kepada individu dan organisasi yang layak.

    Ia bertujuan meraikan sumbangan cemerlang ke arah meningkatkan kerjasama serantau ke dalam potensi besar wilayah Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA).

    Anugerah penghargaan juga diberikan kepada ahli Lembaga Majlis Perniagaan BIMP- EAGA (BEBC) yang telah berkhidmat dengan majlis dan menyumbang kepada BIMP-EAGA lebih dari tiga tahun.

    BETCON23 turut menyaksikan penandatanganan 18 memorandum perjanjian dan persefahaman, menandakan komitmen pelbagai pihak berkepentingan terhadap kerjasama dan mengeratkan hubungan ekonomi.

    Gambar ramai peserta yang hadir pada BETCON23 yang diadakan baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN BETCON

    Selain itu, 10 memorandum perjanjian (MoA) telah ditandatangani, mengesahkan pelaksanaan projek dan inisiatif khusus untuk memacu kelestarian pembangunan di rantau ini.

    BETCON23 merupakan platform yang sesuai untuk perniagaan-perniagaan menjalin rangkaian, mempromosikan produk mereka dan perkhidmatan, dan meneroka peluang perniagaan yang berpotensi yang akan meningkatkan lagi kerjasama ke arah mencapai Wawasan BIMP-EAGA 2025 (BEV 2025).

    Selain itu, petak pameran yang menghiasi konvensyen perdagangan mempamerkan rangkaian produk dan perkhidmatan, merangkumi pelbagai industri.

    Salah satu aktiviti kemuncak semasa konvensyen adalah sesi business matching yang menyediakan platform untuk 23 syarikat dalam wilayah BIMP-EAGA dan di luarnya untuk berhubung dan meneroka potensi perkongsian dan kerjasama sepanjang acara lima hari itu.

    Pada masa yang sama, empat pertunjukan produk telah dijalankan, membolehkan perniagaan mempamerkan tawaran inovatif mereka dan memangkin peluang pelaburan dan perdagangan.

    Menurut kenyataan, interaksi sedemikian sudah pasti akan menyumbang kepada meningkatkan perdagangan dan pembangunan ekonomi dalam sub-rantau ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...