Thursday, November 21, 2024
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beto ada masalah slip disc

    Beto Kusyairy mengakui mempunyai masalah sakit tulang belakang (slip disc) hingga membatasi pergerakan terutama ketika melakukan babak aksi dalam penggambaran drama atau filem.

    Menurut BH Online, Beto atau nama sebenar, Nur Kusyairy Zakuan Osman, 44, berkata pada mulanya mengabaikan kesakitan dialami, namun, selepas membuat pemeriksaan, akhirnya disahkan mempunyai masalah tulang belakang.

    “Umur saya sudah 44 tahun. Semestinya, apabila sudah mencecah angka empat, semua perkara menjadi perlahan. Pergerakan sudah tidak sama seperti zaman muda dahulu.

    “Banyak kecederaan lama yang saya tidak pernah ‘layan’, sekarang datang semula.

    Pinggang mula sakit. Ketika buat pemeriksaan, rupa-rupanya ada dua tempat berlakunya slip disc.

    Beto menyatakan ada dua tempat berlakunya slip disc. – HIBGLAM

    “Hati mahu buat macam-macam aksi, tetapi, kemampuan fizikal tidak membenarkan.

    Sudah terbatas sedikit. Saya terfikir mahu perlahankan bawa watak aksi,” katanya ditemui di set penggambaran filem terbaharu, Gayong di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sungai Besi, kelmarin.

    Bagaimanapun, penerima trofi Aktor Filem Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35 itu bersyukur tidak berdepan masalah menjayakan babak aksi seperti silat dalam filem Gayong.

    Sementara itu, berkongsi mengenai cabaran membawa watak Allahyarham Datuk Meor Rahman, iaitu pengasas seni bela diri, Silat Gayong, Beto risau dengan penerimaan masyarakat terutama ahli keluarga arwah sebaik filem itu ditayangkan.

    Beto mengakui pada mulanya enggan menerima tawaran, namun, selepas diyakinkan syarikat produksi, akhirnya dia sedia menggalas peranan itu.

    Filem Gayong iaitu naskhah biopik berkisar perjalanan awal pengasas seni bela diri Silat Gayong, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman, akan ditayangkan di seluruh negara pada Mei tahun depan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda