Friday, September 20, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beto enggan ulas kegagalan kutipan filem Pendekar Awang

    Tiada istilah iri hati tidak ditawarkan membintangi filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah, pelakon Beto Kusyairy sebaliknya mendoakan kejayaan filem epik itu.
     
    Malah, Beto enggan mengulas mengenai kutipan filem itu yang kurang memberangsangkan jika dibandingkan dengan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang mencecah kutipan hampir RM100 juta.
     
    Ketiadaan beberapa tunjang utama seperti Beto, Datuk Adi Putra dan pengarahnya, Syamsul Yusof dikatakan menjadi punca ‘kegagalan’ filem terbitan Studio Kembara itu.
     
    Namun, Beto tidak merasakan ia ada kaitan dengan perkara berkenaan.
     
    “Bukan hak saya mengulas mengenai kutipan tiket filem berkenaan kerana saya tidak terbabit dalam naskhah itu.
     
    Nadhir merupakan sahabat Beto yang berlakon dalam filem Pendekar Awang. – mStar
    “Kali ini, pasukannya daripada pengarah, penulis sehinggalah barisan pelakon semuanya berbeza.
     
    “Jadi, saya sentiasa mendoakan yang terbaik dan langsung tak terasa hati,” katanya yang ditemui pada majlis pembukaan Butik Elrah Shoppes At Four Seasons, baru-baru ini.
     
    Beto meluahkan rasa terkilan apabila masih belum berkesempatan menonton filem arahan Sharuddin Dali dan Saiful Reza Shukor itu disebabkan kepadatan jadual kerja.
     
    Katanya, dia memang teringin menonton filem lakonan Fatah Amin, tetapi jadual penggambaran yang padat tidak mengizinkannya.
     
    “Selain filem The Original Gangster, saya turut terbabit dalam filem Reversi arahan Adrian Teh, iaitu kisah cinta tragis.
     
    “Jadi, kesibukan dengan satu demi satu penggambaran menyebabkan saya tak berkesempatan ke pawagam menonton filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah,” katanya kepada BH Online.
     
    Berkongsi mengenai filem Reversi, filem itu turut dibarisi nama besar lain seperti Vanidah Imran, Zahiril Adzim, Hasnol Rahmat, Azhan Rani, Amyza Aznan dan Shiqin Kamal. – Agensi
     
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda