Monday, May 12, 2025
29.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beto Kusyairy kesal bila kehebatan silat diperlekehkan

    Pelakon Beto Kusyairy kesal apabila terdapat segelintir pihak memperlekehkan seni mempertahankan diri silat yang sudah wujud sejak sekian lama.

    Beto atau Nur Kusyairy Zakuan Osman, 45, berkata, apa lebih menyedihkan seni silat itu sendiri tidak lagi dipandang sebagai hebat.

    “Sekarang kalau sebut fasal silat ada yang sudah lupa tentang kehebatannya sehingga tergamak memperlekehkannya.

    “Cakap fasal silat sahaja ada pula suruh masuk MMA (seni beli diri campuran) dan sebagainya.

    “Kadang-kadang saya tertanya juga, ketika kita dijajah dahulu ada ke MMA waktu itu? Silat sahaja yang ada,” katanya kepada mStar.

    Dalam pada itu, pelakon filem Gayong ini bukanlah menentang mempelajari seni mempertahankan diri lain tetapi minta jangan memperlekehkan silat.

    Kata Beto, silat adalah warisan orang Melayu yang sepatutnya dipelihara dan bukannya dihina.

    “Warisan leluhur kita jangan dilupakan sebab itu sahaja kita ada sebagai anak Melayu. Apa kita kecapi sekarang, dapat hidup aman dan makmur juga hasil daripada perjuangan mereka sebelum ini,” katanya.

    Dalam perkembangan lain, Beto merupakan pelakon utama bagi filem Gayong yang mengangkat kisah Pengasas Silat Seni Gayong iaitu Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman. – Agensi

    Beto harap seni warisan Silat dapat dijaga sebaiknya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda