Sering mendapat pengiktirafan dalam negara, pelakon Beto Kusyairy bagaimanapun berkata dia tidak pernah terfikir mahu mengejar anugerah di peringkat antarabangsa. Kata Beto atau Nur Kusyairy Zakuan Osman, 44, sejak awal pembabitan dalam industri seni, kepuasan yang dikejar bukanlah anugerah semata-mata. Sebaliknya, impak positif masyarakat selepas menonton karya lakonannya merupakan satu pengiktirafan paling bernilai. “Saya tidak

