Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Beto nafi isteri hamil

    Aktor Filem Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, Beto Kusyairy menafikan mengusap perut isteri, Tisha Shahar sebelum menaiki pentas bagi menerima trofi seperti video yang tular.

    BH Online melaporkan, sebaliknya, aktor berusia 43 tahun itu meminta isteri untuk memegang telefon bimbit.

    Penjelasan itu sekali gus menjawab pertanyaan warganet mendakwa isteri pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu berbadan dua.

    Ekoran ternampak seakan-akan ‘baby bump’ ketika Beto bersama Tisha melewati karpet merah ABPBH 35 dengan busana jubah rona putih, ramai menitipkan ucapan tahniah buat pasangan itu di platform media sosial.

    “Tidak… isteri saya tidak mengandung,” katanya.

    Beto menjelaskan bahawa sebelum menaiki pentas dia meminta isteri untuk memegang telefon bimbit dan bukannya mengusap perut isteri. – mStar

    “Sebenarnya, saya mahu tinggalkan telefon bimbit di atas pangkuan isteri,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

    Kelmarin, Beto yang kali pertama mengungguli trofi Aktor Filem Popular menewaskan teraju utama filem Mat Kilau iaitu Datuk Adi Putra.

    Selain itu, Beto turut mengalahkan tiga pencabar lain iaitu Fattah Amin, Zul Ariffin dan Zizan Razak.

    Sebelum ini, menerusi filem epik arahan Syamsul Yusof itu, Beto meraih trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-32.

    Beto yang mula berlakon filem pada 2007 pernah memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik Filem dalam Anugerah Skrin (ASK) pada 2015 menerusi filem Gila Baby. – Agensi

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...