Thursday, September 19, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Betty Banafe minta jangan cepat buruk sangka

    Pelakon Betty Banafe memohon orang ramai tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum kepada Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB) berhubung kontroversi melanda syarikat berkenaan.

    Betty, 45, berkata, kesalahan tersebut seharusnya disalahkan kepada individu dan bukannya keseluruhan organisasi tersebut.

    Malah, Betty berharap masyarakat tidak membuat andaian membuta tuli sebaliknya membiarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan telus.

    “Bagi saya GISB banyak baik daripada buruk, saya nak ingatkan pada semua setiap dugaan itu ada asbabnya. Fokus pada individu buat salah jangan hukum persatuan atau syarikat itu.

    “Saya bangga GISB wujud kerana memberikan imej yang kuat dalam ekonomi yang dikuasai oleh pengamal beragama Islam.

    Betty dikecam gara-gara cuba mempertahankan GISB. – Nona

    “Jangan gopoh-gapah buat andaian kerana berburuk sangka tidak disukai Allah. Semoga pihak berkuasa jalankan siasatan setulusnya tentang kes mereka,” katanya.

    Menurut mStar, Betty berkongsi pandangannya itu menerusi satu hantaran di aplikasi TikTok pada Sabtu.

    Dalam pada itu, Betty berkongsi pandangannya mengenai kebaikan GISB yang pernah dilihat olehnya.

    Cerita Betty, pihak GISB pernah membantu seorang kenalannya yang hidup susah kerana ditipu oleh seseorang semasa di Eropah.

    “Pernah seketika dulu waktu saya dapat panggilan daripada seorang pengadu di Eropah, dia ditipu sehingga habis hartanya.

    “Sehingga pengadu itu hidup susah di Bosnia dan tak mampu nak balik Malaysia.

    “Saya bukan ahli GISB tapi kerana rangkaian mereka besar di luar negara, dia bantu pengadu yang susah itu ketika saya hubungi mereka,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda