Pelakon dan penyanyi Bella Astillah seakan-akan memberi bayangan hubungan dia dan penyanyi Aliff Aziz sudah kembali rujuk sebagai suami isteri. Menerusi temu bual bersama radio Suria FM, penyampai Suria Petang iaitu Tyzo dan Sharifah Shahirah bertanyakan kepada Bella khabar angin mengenai statusnya dengan Aliff. Biarpun Bella hanya mendiamkan diri, namun pasangan penyampai segmen itu meluahkan