Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beyonce bakal bersara?

    Penyanyi tersohor antarabangsa, Beyonce sekali lagi menjadi tumpuan apabila peminatnya bertelagah di media sosial susulan spekulasi kononnya dia bakal bersara selepas menamatkan jelajah konsert terbaharunya, Cowboy Carter Tour.

    Memetik laporan Utusan Malaysia, difahamkan, Beyonce, 43, kini berada di fasa terakhir siri jelajah tersebut yang bermula pada 28 April lalu di Inglewood, California dan konsert itu dijadualkan berakhir pada 26 Julai ini di Paradise, Nevada.

    Jelajah yang secara rasmi dinamakan Cowboy Carter and the Rodeo Chitlin’ Circuit Tour itu diadakan bagi mempromosikan album terbaharunya berjudul Cowboy Carter yang merupakan kesinambungan kepada trilogi album bermula dengan Renaissance pada tahun 2022.

    Namun begitu, suasana hangat tercetus dalam kalangan peminat, terutamanya di platform media sosial apabila ramai mula meluahkan kebimbangan mengenai kemungkinan penyanyi itu akan meninggalkan pentas hiburan buat selamanya.

    “Saya betul-betul rasa Beyonce akan bersara,” kata seorang peminat panik di X manakala seorang lagi peminat sekadar menganggap ia firasat yang mungkin tidak benar.

    “Saya takut sangat Beyonce akan bersara dan sebab itulah dia buat konsert berturut-turut. Saya kena tengok dia secara langsung sebelum terlambat!,” luah seorang pengguna X lain.

    Bagaimanapun, sebilangan peminat lain menolak dakwaan tersebut dengan menegaskan bahawa Beyonce sebelum ini telah berkali-kali menyatakan cintanya terhadap muzik dan nyanyian, malah menganggap muzik sebagai sebahagian daripada jiwanya.

    “Beyonce masih berada di kemuncak kerjaya. Gila kalau fikir dia nak bersara sekarang,” ujar seorang peminat yang mempertahankan penyanyi tersebut. – Agensi

    Peminat mula meluahkan kebimbangan mengenai kemungkinan Beyonce akan bersara. – Utusan Malaysia
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda